Search
Close this search box.

Articles

Kesan Kepada Kesihatan Akibat Rokok Elektronik (Vape)

Kesan Kepada Kesihatan Akibat Rokok Elektronik (Vape)


Bilakah atau dalam tempoh berapa lamakah kesan buruk terhadap kesihatan akibat menghisap vape dapat dikesan pada seorang penghidap itu?
Penggunaan e-rokok, atau vape, boleh merosakkan paru-paru dalam masa tiga hari penggunaan, menurut kajian baru dari Institut Lundquist dan Universiti Rochester.

Kajian itu membuktikan tikus yang telah didedahkan kepada aerosol vape daripada e-rokok menggunakan propylene glycol sebagai “cecair pembawa,” yang biasa di kalangan produk ini selama dua jam sehari selama tiga hari sahaja sudah mencukupi untuk mengalami kerosakan paru -paru kronik.

Selain daripada itu, satu siri kes besar penyakit paru-paru telah dilaporkan di Illinois dan Wisconsin, Amerika Syarikat pada Julai 2019. Ini adalah pesakit-pesakit yang mempunyai sejarah penggunaan e-cig dalam tempoh 90 hari dari permulaan gejala dan mempunyai masalah paru-paru pada pengimejan tanpa punca yang lain. Mereka dipanggil sebagai Kecederaan Paru-paru Berkaitan Penggunaan Produk Vaping (EVALI- E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury).

Maka, kesan buruk vape terhadap kesihatan adalah dalam tempoh yang singkat dan sangat membahayakan.



Apakah kesan yang boleh dilihat sekiranya vape itu dihisap pada usia muda seawal 12 tahun?

Kebanyakan e-rokok mengandungi nikotin, yang menyebabkan ketagihan terutamanya untuk remaja. E-rokok dan cecair e-rokok mungkin mengandungi nikotin, walaupun ia mungkin dilabelkan sebagai ‘bebas nikotin’. Satu pod e-cecair boleh mengandungi nikotin sebanyak sebungkus rokok.

Pendedahan nikotin semasa tahun-tahun remaja boleh membahayakan perkembangan otak, yang berterusan sehingga kira-kira umur 25 tahun. Ia boleh memberi kesan kepada pembelajaran, ingatan dan perhatian, serta meningkatkan risiko ketagihan pada ubat lain atau dadah pada masa hadapan. Golongan muda yang menggunakan e-rokok mungkin lebih cenderung untuk terus menggunakan rokok biasa.

Dalam jangka pendek, menggunakan e-rokok boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan batuk. E-cecair boleh meracuni kanak-kanak melalui menelan atau sentuhan kulit. Gejala keracunan nikotin termasuk berpeluh, pening, muntah dan peningkatan kadar denyutan jantung.

Dalam jangka panjang, penggunaan e-rokok juga meningkatkan risiko penyakit jantung. keBanyakksn e-rokok mengandungi karsinogen yang menyebabkan kanser .

E-rokok juga boleh diubah suai untuk menhidu ganja dan bahan berbahaya lain yang telah dikaitkan dengan penyakit paru-paru.

Dengan ini ternyata bahawa, pengunaan vape/ e-rokok pada usia seawal 12 tahun akan meningkatkan bilangan pesakit paru-paru, penyakit jantung and juga kanser yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia dan juga mungkin  “melumpuhkan” kemajuan negara dengan melahirkan ramai penagih dadah.

Adakah kesan vape itu lebih buruk daripada menghisap rokok? Boleh nyatakan perbezaan daripada penggunaan kedua-duanya

Ramai orang beranggapan vape kurang berbahaya daripada merokok. Walaupun benar bahawa aerosol e-rokok tidak termasuk semua bahan cemar dalam asap tembakau, ia masih tidak selamat.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa:

Kebanyakan e-rokok mengandungi nikotin, yang menyebabkan ketagihan dan boleh membahayakan otak remaja, kanak-kanak dan janin yang sedang berkembang dalam kalangan wanita yang mengunakan vape semasa hamil. Sesetengah pengguna didedahkan kepada lebih banyak nikotin daripada rokok tradisional.

Selain nikotin, wap e-rokok mengandubgi bahan yang berpotensi berbahaya seperti diacetyl (bahan kimia yang dikaitkan dengan penyakit paru-paru yang serius), bahan kimia penyebab kanser, sebatian organik meruap dan logam seperti nikel, timah dan plumbum. Pengguna menghidu bahan cemar toksik ini, dan “passive inhalation” juga berisiko terdedah kepada bahan toksik.

Cecair yang digunakan dalam e-rokok adalah berbahaya, walaupun bukan pengguna atau “passive inhalataion”. Kanak-kanak dan orang dewasa berdekatan boleh diracuni dengan menelan, bernafas atau menyerap cecair melalui kulit atau mata mereka.

E-rokok telah dikaitkan dengan beribu-ribu kes kecederaan paru-paru yang serius, ada yang mengakibatkan kematian.

Peningkatan populariti vape mungkin “menormalkan semula” merokok, yang telah menurun selama bertahun-tahun.

E-rokok belum lama wujud untuk pakar memahami sepenuhnya kaitan antara penggunaannya dan risiko kanser. Tetapi banyak produk mengandungi beberapa karsinogen yang sama seperti yang dilakukan oleh rokok, termasuk:

  • formaldehid
  • asetaldehid
  • nitrosamin

Oleh Dr Theepa Nesam. M.R, Doktor Pakar Perunding Nefrologi & Perubatan